Monday, 20 March 2017

Pengenalan Perakaunan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Untuk permulaan, mari kita lihat apakah itu PERAKAUNAN, mengapa ianya penting dan apa kegunaan rekod perakaunan untuk sesebuah syarikat atau perniagaan. Perakaunan adalah rekod transaksi urusniaga harian syarikat untuk sesuatu tempoh. Laporan kewangan yang lengkap terdiri daripada Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira, Imbagan Duga, Penyata Penyesuaian Bank dan lejer.

Di Malaysia, rekod perakaunan yang telah lengkap direkod perlu di Audit oleh badan Juruaudit luar yang berdaftar dengan Malaysia Institute of Accountant (MIA). Ianya bagi memastikan rekod kewangan tersebut direkod dengan tepat dan dijalankan dengan berhemah serta mengikuti Standard Perakaunan Malaysia.

              Selain itu, rekod perakaunan ini juga akan digunakan bagi tujuan pengiraan cukai setiap tahun semasa. Pendapatan atau keuntungan syarikat perlu diisytiharkan setiap tahun ke Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan dokumen-dokumen sokongan wajib disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh transaksi. Kegagalan dalam menyimpan dokumen yang berkaitan membolehkan pemilik dikenakan penalti dan penjara jika berkenaan.

“Semua perniagaan yang berdaftar dengan SSM,
perlu isytihar pendapatan dengan LHDN setiap tahun”
             
              Rekod perakaunan tidak hanya tertakluk untuk kegunaan Audit dan LHDN tetapi juga untuk kegunaan pihak pengurusan syarikat. Antara fungsi atau kegunaan laporan akaun adalah untuk memudahkan syarikat menjangka pulangan atau kerugiaan untuk tahun semasa. Jika akan wujudnya keuntungan maka syarikat perlu mengemukakan borang CP204 bagi anggaran cukai tahun semasa.

              Kesilapan dalam nilai anggaran, syarikat mungkin akan dikenakan penalti yang ditetapkan oleh LHDN. Laporan akaun yang dikemaskini juga memberi kelebihan kepada syarikat untuk memohon mana-mana pinjaman dari institusi kewangan yang berdaftar atau mungkin juga bagi tujuan mendapatkan geran dan kontrak-kontrak kerajaan.

              Dengan adanya laporan akaun yang tepat juga membolehkan syarikat mengesan perkara-perkara yang tidak diingini seperti salah guna kuasa, pecah amanah atau rasuah. Tanggungjawab peniaga untuk mengetahui apa yang berlaku supaya diri anda tidak terjerat oleh laporan anda sendiri.

              Pihak berwajib seperti LHDN, Kastam atau SKMM mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman mengikut jenis industri perniagaan. Mereka tahu segala selok-belok dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya; Seorang doktor yang menerima bayaran perkhidmatan yang terus masuk ke akaun peribadi tetapi tidak dilaporkan pada tahun semasa. Mereka tahu pendapatan tertentu yang tidak masuk secara langsung ke akau klinik. Dari situ, pemilik tidak boleh mengelak lagi malah perlu membayar cukai tertunggak secara lump sum.


              Biarpun akaun ini membosankan dan mengelirukan, jika anda mahu “kaya” dan “berjaya” dalam jangka panjang, subjek AKAUN perlu jadi subjek penting anda. Jabatan Akaun perlu jadi jabatan eksklusif anda. Pilih personnel yang betul-betul berkaliber untuk masuk ke syarikat anda. Salah pilih syarikat anda mungkin akan bermasalah satu hari nanti. 

Penting ke tidak perakaunan ini? Tepuk dada, tanya diri :)

Semoga bermanfaat!


Saturday, 4 March 2017

Kira Cukai Pendapatan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Salam Sabtu buat semua. Semoga diberi kesihatan yang baik dan diberkati-Nya. Insya-Allah..

Hari ini saya nak kongsikan tentang CUKAI, ianya digelarkan sebagai bulan Cukai dari Mac sehingga 30 Jun setiap tahun. Cukai yang dibayar pada tahun ini adalah berdasarkan pendapatan individu pada tahun sebelumnya. Jom kita ambil tahu!

Apa itu CUKAI?

 - Secara asas, cukai adalah duit yang kita perlu bayar kepada pemerintah untuk kegunaan pembangunan negara. Ada pelbagai jenis cukai yang mungkin dikenakan oleh pemerintah. Antaranya ialah Cukai Pendapatan, Cukai Perniagaan, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan sebagainya.
- Badan yang ditugaskan untuk memantau aktiviti percukaian di Malaysia adalah Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)

Siapa yang layak dikenakan CUKAI?

- Mulai tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
- Individu yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Borang yang perlu dihantar ke LHDN?

- Borang BE untuk individu yang mendapatkan pendapatan penggajian (a.k.a makan gaji)
- Borang B untuk individu yang ada pendapatan bukan penggajian (bisnes ent/pemilik tunggal)
- Borang P untuk pendapatan perniagaan jenis perkongsian
- Borang PT untuk perniagaan yang didaftarkan dibawah PLT
- Borang E adalah borang Majikan mengisytiharkan bilangan pekerja dalam tahun semasa (Sdn Bhd)
- Borang C& R untuk syarikat Sdn Bhd

Bilakah tarikh-tarikh penting pembayar cukai?

- Borang BE 30 April
- Borang B 30 Jun
- Borang E 31 Mac
- Borang C & R 6 bulan selepas tutup akaun

Bagaimana untuk mengurangkan cukai?

- Pelepasan-pelepasan yang dibenarkan oleh LHDN ==> PELEPASAN

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke LHDN?

 - Kesemua dokumen dan resit-resit tidak perlu dihantar ke LHDN, anda hanya perlu simpan kesemua resit tersebut selama 7 tahun untuk di audit oleh pihak LHDN pada bila-bila masa.

Bagaimana untuk menghantar borang CUKAI?

- Mulai tahun ini, kesemua pembayar cukai perlu menghantar Borang Cukai melalui e-filing iaitu perkhidmatan dalam talian.
- Anda belum mendaftar? DAFTAR ONLINE sekarang.

Bagaimana untuk mengira CUKAI anda?

- Pengiraan cukai individu adalah berdasarkan kepada Borang EA anda. Pendapatan penggajian tahunan anda akan di tambah dengan pendapatan-pendapatan lain seperti pendapatan sewa, royalti, dividen, komisen dan lain-lain lagi.
- Pendapatan terkumpul ini akan ditolak dengan pelepasan-pelepasan yang anda layak sebelum anda tahu berapakan pendapatan bercukai anda.
- Kadar cukai berjadual boleh di semak di SINI 

Adakah anda individu yang menjalankan perniagaan? 

Syarikat saya ada menawarkan khidmat pengiraan cukai perniagaan (Borang B) PERCUMA! jika anda mengambil khidmat akaun kami.

Tawaran ini TERHAD kepada individu yang whatapps terawal ke nombor 0173000986 dengan kos PERCUMA LHDN.

Insya-Allah usaha kecil ini boleh membantu meringankan beban untuk peniaga-peniaga kecil di negara kita ini. Untuk individu bergaji, anda boleh walk-in ke mana cawangan LHDN untuk dapat khidmat nasihat PERCUMA untuk tatacara menggunakan khidmat e-filing.

Sekian.

Semoga membantu!







Tuesday, 12 April 2016

Cara Rekod Jurnal KASTAM

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum

Baru-baru ini. saya dapat pertanyaan dari pelawat blog. Jadi, saya jawab ia dalam post ini. Semoga membantu ye.


Setelah selesai merekod akaun, anda perlu semak sekali lagi rekod sebelum boleh merekod jurnal. Ianya adalah rekod akhir untuk tentukan jumlah yang kita perlu bayar ke Kastam atau jumlah bayaran balik.

Apabila cukai output melebihi cukai input, maka anda perlu membuat bayaran perbezaan itu kepada KASTAM. Jika sebaliknya, anda akan menerima bayaran balik dalam masa 14 hari bekerja.

Ikutilah langkah berikut:

  1. Wujudkan satu kod akaun khas untuk Liabiliti - KASTAM.
  2. Rekod jurnal seperti dalam gambar. Ambil amaun dari lejer cukai input & output. Pastikan period GST anda adalah betul. Contohnya: April - June 2015.
  3. Apabila bayaran dibuat atau bayaran diterima. Kontra ke akaun yang sama iaitu Liabiliti - Kastam. Sila rujuk gambar.
Cukai Input melebihi Cukai Output

Syarikat menerima bayaran balik dari KASTAM

Selamat mencuba dan Semoga bermanfaat!







===============================
Kelas Advance MYOB - One to One Coaching
Free GST Module! KOD: dariblog

Khidmat Akaun Bantu Bisnes Kecil

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Dalam tidak sedar, sudah 1 bulan lebih saya mulakan perkara yang pernah saya gagal dulu. Kali ini saya mulakan dengan sabar, redha dan tidak berhenti berdoa. Harapan saya supaya anda yang baca doakan jihad saya dalam bantu bisnes orang "kita" untuk lebih sistematik dan ada disiplin.

Sedih kadang-kala, apabila berurusan kita dapat lihat jabatan akaun ini dianggap enteng dan "second class". Ianya dianggap renyah apabila sudah mula pegawai cukai datang ke pejabat, walhal ianya adalah tanggungjawab setiap warga peniaga sekalian.

Bulan demi bulan, saya buat promosi untuk ambil minat usahawan supaya dekat dengan akaun. Bulan lepas merupakan bulan paling sibuk dan Alhamdulillah saya jumpa ramai Usahawan yang mula sedar pentingnya akaun untuk syarikat berkembang. Terima kasih kerana beri kepercayaan kepada saya untuk rekod akaun dan juga bagi latihan semasa kelas berlangsung.

Untuk bulan April iaitu bulan GST, kami beri 2 promosi iaitu Khidmat Akaun & Kelas Akaun. Untuk perkhidmatan akaun, usahawan hanya perlu laburkan minimum RM300 sebulan dan kami uruskan jabatan akaun anda dari A to Z. Oleh itu, anda tidak perlu pening untuk beli software, komited membayar gaji bulanan minimum RM1800 dan isu-isu lain yang mungkin timbul bila sudah mula ada pekerja.

Manakala promosi kelas akaun, kami berikan "on hands training" menggunakan software MYOB iaitu software yang mudah dan "user friendly" dan anda boleh terus rekod akaun bisnes dalam software tersebut. Mungkin dengan cara itu, anda boleh terus mula rekod tanpa perlu teragak-agak untuk membeli software dan mula dari awal. Kerja-kerja awal memang sedikit sukar dan kami akan selesaikan untuk anda.

Berminat nak ketahui lanjut, boleh hubungi kami waktu pejabat di 03-95439898.



Sekitar perjalanan kelas bulan lepas untuk kenang-kenangan. 

En Hakim, Bukit Jalil

Cik Farah, Putrajaya


Pn Nurul, Uni Malaya

Semoga bermanfaat!



Thursday, 17 March 2016

Rekod Akaun Bisnes guna Excel

Bismillah..

Assalammualaikum..

Bersempena dengan bulan cukai ini, kami sarankan pemilik bisnes kecil, online dan offline untuk membuat persediaan untuk isytihar cukai anda.

Tapi sebelum hantar borang cukai, anda perlu siapkan rekod akaun. Tak pandai buat akaun? 

Tapi anda FREE Sabtu ni tak? Kami adalan Kelas Merekod Akaun Bisnes Guna Excel. Cara yang paling mudah dan murah.

Dan sempena bulan cukai juga, kami ada tambahan kelas pengiraan cukai dan cara mengisi borang cukai yang diberikan secara PERCUMA.

Last call sebelum kami concentrate kerja-2 asas kami dan selepas ini kami hanya buka untuk personal coaching dengan harga RM500/pax. 

GROUP COACHING ini hanya RM250/pax shj. 

👍 Asas bisnes
👍 Asas dokumen bisnes
👍 Asas Akaun bisnes
👍 Nota GST
👍 Kira cukai dan cara isi borang cukai

Seswai untuk #wahm #online bisnes #small business owner dan #entreprenuer 
Contact no: 0395439898
Email: ams.menara@gmail.com

Daftar cepat ye🖕🖕🖕

Thursday, 18 February 2016

Tidak mampu menggajikan Akaun Eksekutif

Bismillah..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Kebanyakkan Usahawan tahu bahawa mereka perlu rekod akaun atas alasan berikut:

1. Hantar borang cukai
2. Audit akaun syarikat
3. Membuat pinjaman bank
4. Mendapatkan kontrak kerajaan
5. Merancang perkembangan syarikat

Walau apa pun alasannya, Usahawan bekerja keras untuk memastikan rekod akaun disediakan dengan betul, tepat dan ikut dateline.

Kadang-kala pelbagai perkara berlaku yang menyebabkan rekod akaun tidak dapat disediakan dan mungkin lewat sehingga Usahawan perlu membayar penalti dan denda dari pihak berkuasa.

Antara masalah utama yang dihadapi oleh Usahawan adalah tidak mampu menggajikan pekerja pakar dalam bidang perakaunan. Lebih-lebih lagi di Era GST yang memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk merekod dan menyimpan dokumen perniagaan.

Makanya kami, menawarkan perkhidmatan merekod perakaunan, pengiraan GST, sumber manusia dan filing dokumen perniagaan secara bulanan untuk kategori budget.

Dengan kata lain, Usahawan "outsource" jabatan pentadbiran dan akaun kepada kami dan Usahawan boleh lebih fokus kepada jualan dan keuntungan syarikat.

Kerja yang sepatutnya perlu diselesaikan oleh 2 hingga 3 pekerja dengan gaji RM2000 sebulan. Kami tawarkan dengan fee RM800 sahaja iaitu dibawah gaji minimum.

Hubungi kami dengan Kod Promo: "OutsourceBlog" untuk mendapatkan lagi diskaun iaitu 20% untuk 3 bulan pertama subscription.


Semoga sama-sama bermanfaat!

-Wani Hamid-




Monday, 15 February 2016

Kelebihan Usahawan Rekod Akaun Sendiri

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum


Dalam kegawatan ekonomi di tahun 2016, mesti ramai dari kalangan golongan Usahawan kecil-kecilan mahu mengurangkan kos pengurusan. Oleh itu, kami mahu memberi sedikit sumbangan dari segi latihan. Insya-Allah sedikit latihan perakaunan akan menjimatkan beberapa kos yang sedikit sebanyak akan membantu aliran tunai syarikat.

Antara kelebihan jika anda melakukan perekodan akaun anda sendiri:

  • Memudahkan perancangan untuk pembangunan bisnes
  • Menjejak kebocoran aliran tunai dengan mudah dan cepat
  • Mengurangkan kos staff akaun minimum RM2000 sebulan
  • Mengurangkan kos manfaat pekerja
  • Menyekat salah guna duit syarikat oleh orang dalam syarikat
Sempena kedatangan bulan Mac ini, kami memberikan Pakej "Zero to Hero" kepada mereka yang mahu mahir akaun tidak kira anda pelajar, freelancer, usahawan mahupun "work at home mom".

Semoga kita sama-sama boleh "survive" dalam kelembapan ekonomi yang di luar kuasa kita. Berhenti mengeluh dan sama-sama berganding mahu untuk beri lebih, Insya-Allah apa yang kita beri, itu yang kita dapat.

Whatapps kami kod: BLOG PROMO untuk mendapat harga istimewa tersebut.

Semoga sama-sama bermanfaat!



Wani Hamid