Tuesday, 13 December 2016

Isu Usahawan Melayu

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Lama saya tidak bersiaran kan?  Saya dalam proses mengemaskini kerja pejabat dan maklumlah akhir tahun dan isu-isu GST.  

Sekarang jam menunjukkan pukul 1:10am, masih belum boleh lelap. Maklumlah lama sangat cuti sampai beku kepala sebab tidak bekerja :)

Tiba-tiba teringat satu tajuk yang saya rasa boleh ajak anda semua beri buah fikiran. Mengapa Usahawan Melayu terutamanya peniaga kecil kurang menyerlah? Walaupun berniaga setiap hari, malah ada yang berniaga siang ke malam tetapi masih di tompok yang sama. Mari kita sama-sama fikirkan dan kongsi untuk sama-sama kita cari jalan penyelesaian untuk bantu bangsa kita sendiri.

Setelah lebih 9 tahun bergelumang dalam bisnes akaun untuk peniaga kecil. Saya dapat kenalpasti 3 MASALAH UTAMA USAHAWAN MELAYU. Ianya tidak semestinya betul, tapi kebanyakkannya sebab ini:

  1. Pengurusan MODAL yang tidak betul - Duit modal yang masuk ke dalam akaun bisnes kebanyakkan dirompak untuk peniaga sendiri. Sehinggakan bila disedari duit di dalam akaun semakin susut dan keuntungan bisnes masih belum nampak.
  2. Lambat BERTINDAK - Urusan bisnes yang dibuat sehari-hari tidak diatur dan diurus dengan SOP yang baik, tuptup bila sedar syarikat telah berjalan sendiri selama 5 tahun tanpa ada rekod akaun, tanpa diaudit dan badan berkuasa mula mengeluarkan surat cinta.
  3. Kurang ILMU - Sebagai pemilik bisnes sekurang-kurangnya anda perlu ada ilmu asas kesemua jabatan yang ada dalam syarikat anda supaya bila akauntan bercakap soal dateline anda juga terkesan. Bila HR bicara tentang KWSP & SOCSO anda juga ada sensitiviti itu.
Bukan mudah untuk bina satu pernigaan, walaupun dengan usaha yang kecil tetap ianya impian besar anda. Alang-alang pergi daftar bisnes di SSM dengan jiwa yang membara, apa kata buat sampai berjaya.

Insya-Allah atas permintaan, saya akan cuba buka kelas untuk asas berbisnes kepada yang baru buka bisnes ataupun yang dah lama. Kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Ramai yang terpinga-pinga dengan maklumat yang saya berikan dalam Workshop Akaun ketika saya selitkan modul asas bisnes ini.

Jadilah usahawan yang berilmu, bukan untuk orang lain tetapi untuk usaha yang telah anda korbankan sehari-hari. Orang yang berilmu tidak pernah rugi.



Bagi yang nak mendaftarkan diri, sila whatapps KELAS BISNES ke 0179895898. Wakil kami akan menghubungi anda untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment