Tips Mula Bisnes Dari Rumah

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semalam saya ada menerima email dari pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan ikuti perkembangan saya bekerja dari rumah. Untuk makluman semua, secara rasmi saya bekerja dari rumah adalah pada pengakhir tahun 2009 iaitu ketika anak saya berumur 6 bulan dan kini umur nya 6 tahun. Alhamdulillah.

Sememangnya potensi bekerja dari rumah ini sangat besar dan tidak mustahil kita akan kembali bekerja di pejabat kerana skala bisnes yang berkembang. Tapi saya tetap dengan matlamat dan keutamaan saya, bekerja dari rumah. Biarpun kapasiti saya telah mencapai 100% sumber tenaga.

Untuk anda yang mempunyai niat untuk bekerja dari rumah, semoga anda dapat realisasikan impian tersebut satu hari nanti.



3 Tips Ringkas untuk Mula Bisnes Dari Rumah:


PERBETULKAN NIAT

Buat lah bisnes kerana ingin membantu pelanggan bermasalah. Bukan kerana mahu kaya atau langsaikan hutang piutang. Jika niat anda untuk kaya, lepas kaya bisnes jatuh, Jika anda niat mahu langsaikan hutang, habis hutang bisnes anda akan lingkup. Kalau boleh tambah lagi satu niat iaitu ingin jihad ekonomi kerana Allah. Insya-Allah bisnes anda akan maju.


MUDAHKAN PELANGGAN

Wujudkan operasi bisnes yang memudahkan pelanggan. Dalam kesibukan masa sekarang, pelanggan akan merasa senang dan gembira jika hidupnya dimudahkan. Contohnya jika anda menjual sesuatu barangan, anda mudahkan pelanggan dengan membuat penghantaran percuma di rumah mereka. Mereka gembira, jualan anda meningkat.


JUJUR 

Orang yang jujur menarik pelanggan yang baik dan menyenangkan. Apabila kita jujur pada diri sendiri dan pelanggan, bisnes akan mendapat keberkatan dan urusan kita akan dipermudahkan. Kini, ramai peniaga yang gagal untuk menjadi jujur kerana kabur dengan duit dan jawatan. Jadilah mereka dari golongan kecil dan sedikit kerana golongan ini lebih mendapat perhatian dari pelanggan yang baik.

Semoga yang mahu bermula, akan berhasil.
Dan yang sudah bermula, semoga makin berjaya.


Semoga Bermanfaat!


    Post a Comment

    1 Comments

    1. boleh dak saya nak kerja dengan cik untuk mencari pengalaman kerja dalam bidang akaun dan menambahkan lagi ilmu perakaunan..?

      ReplyDelete