Training GST lagi

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum,

Perjalanan hari ini sejauh 90km, sama macam semalam. Tapi hari ini walaupun selesai awal sejam tetap sampai ke rumah jam 4 petang. Sebab diiringi hujan lebat dan petir yang memancar. 

Alhamdulillah selesai penerangan GST utk software yang baru diupdate. Lain software, lain caranya. Dari cara paling simple sehinggalah pada cara yang complicated.

Secara ringkas, saya senaraikan software yang saya tahu dan tahap kesukaran untuk rekod GST.

1. EMAS software
2. UBS Accounting
3. MITS HAULAGE
4. MYOB Accounting
5. SQL Accounting

Sentiasa upgrade ilmu GST anda, sebab sekarang KASTAM banyak membuat pindaan. Banyakkan membaca dan sentiasa lawati laman web KASTAM untuk maklumat lanjut.

Nak saya buat video training tadi? Kalau ada masa saya rekodkan ye.

Jumpa lagi!

Salam Hormat;



Post a Comment

13 Comments

  1. kalau buat guna manual tnpa guna software boleh x?

    ReplyDelete
  2. blh xajar sy pkai software Aplus software.. sbb sy br nk bljr n klau bljr secara manual utk gst.. cm mane??blh bgi cth gmbr x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Afidah. Utk software berkenaan saya kurang pasti sebab elemen GST dalam setiap software. Itu sebab saya bg ranking setiap satunya.

      Delete
  3. xpe.. klau manual punya dpt x.. bgi cth cra utk bt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah jika ada permintaan saya akan usahakan :)

      Delete
  4. GST dlm akaun diklasifikasikan sebagai belanja ke atau liability?

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST input dan ouput dikelaskan sebagai liabiliti semasa.
      Baki antaranya baru kita kelaskan PAYABLE / REFUNDABLE.

      Delete
  5. Saya guna MYOB Accounting sejak gst diperkenalkan. sy br sethn belajar selok belok akaun dan kena handle gst. ni pun blajar explore sdri2 je. mohon saudari buat post pasal penggunaan MYOB iaitu cara nak rekod akaun bila kita bayar kastam & claim dari kastam :) terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farhain, saya sudah jawab di post terbaharu. Komen ye. Terima kasih

      Delete
  6. Assalam kak. Boleh tak ajar kira gst secara manual? Dan bagaimana nak kira gst melalui ubs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ika,
      Boleh semak posting terbaru "Kira GST Secara Manual"

      Melalui UBS, system akan kira automatik. Cuma pastikan tax code betul

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete