Tips Jimat GST

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum,

Bagaimana hari kita semua setelah 11 hari GST bermula? Rata-rata semua dari kita sedikit sebanyak akan mula terkesan dengan GST. Mahu atau tidak , setuju atau tidak GST tetap ada dan kita tetap akan perlu membayar GST.

Secara mudah, setiap perbelanjaan RM1, kita perlu membayar RM0.06 sebagai GST. Jika RM100 dibelanjakan pula, kita perlu membayar RM6. Dan begitulah seterusnya.

Sebagai rakyat marhaen, yang gajinya masih begitu, komitmen yang sedia ada tinggi dan harga barang yang semakin naik, saya yakin GST amat memeritkan. Lebih memeritkan mereka yang diluar bandar yang sudah sedia terhimpit.

Apa agaknya yang kita MAMPU buat untuk keluar dari kemelut GST? Secara peribadi, saya sangat rasa bersalah apabila membayar barangan dan perkhidmatan yang ada caj GST. Lagi-lagi apabila barang-barang tersebut adalah barang-barang dalam dapur kita. 

Berikut adalah beberapa TIPS untuk menjimatkan pembayaran GST:

1. BANDINGKAN HARGA BARANG


Luangkan lebih masa untuk membuat perbandingan harga antara pasaraya, kerana perbezaan harga antara mereka dalam julat yang besar. Kata orang lama; biar lambat, asal selamat (poket) ^_^

2. LEBIHKAN MEMBELI BARANG KEPERLUAN

Sebulan dua ini harga barangan mesti dalam keadaan yang sangat tidak stabil, Maka, ambil waktu untuk tunggu dan lebihkan membeli barangan keperluan asas yang tidak dikenakan GST. Sambil itu, kita boleh masak sendiri di rumah, untuk menggelakkan makan di kedai ber-GST.

3. SOKONG PASARAYA TERPILIH

Beberapa pasaraya besar telah mengumumkan untuk serap kos GST bagi pihak pengguna. Sokong mereka dan ini akan memberi kesan kepada peniaga lain untuk turut melakukan perkara yang sama.
Antara pasaraya yang menyerap kos GST adalah mrDIY, Mydin dan IKEA.

4. RANCANG PERBELANJAAN

Akhir sekali, ambil masa untuk rancang perbelanjaan anda. Beli bahan yang perlu dan menabung untuk membeli barang kehendak. Elakkan membuat pinjaman dan membayar dengan menggunakan kad kredit. Anda secara tidak sengaja akan membayar kadar GST yang lebih tinggi.

Sekadar cadangan kecil, jika dihimpunkan akan menjadi satu gerakan yang besar. Insya-Allah.

Semoga Bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments